You are here:   Maklumat Setempat > Kawasan Rekreasi
  |  Login

Kawasan Rekreasi

   Minimize

KAWASAN REKREASI GUNUNG JERAI

Gunung Jerai Hutan Lipur ini agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di Gunung Jerai dan merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama dimana disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian.Kemudahan penginapan terdapat di sini yang dikelolakan oleh Kedah Resort Sdn. Bhd. Peranginan Gunung Jerai menyediakan Chalet, Kafetaria, Bilik Seminar dsb.Terdapatnya sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang terletak di pintu masuk hutan lipur tersebut dimana mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi.

Terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Tangga Kenari Seribu Tahun.Berhampiran dengan kawasan peranginan ini terdapatnya tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal Gunung setinggi 1200 meter a.m.l. terbentuk dari jenis batu-batu quarzite dan granite. Ia juga kaya dengan spsis tumbuhan terkenal dengan memiliki "Major Forest Types" Negara seperti Periuk Kera, Paku Pakis, Cinamaki, Orkid dsb.

 

Sumber: http://www.mdy.gov.my/rekreasi.htm